Thursday, October 21, 2010

Bertinju Paling Lamo

Sukan tinju pada hari ini menjadi lubuk duit bagi banyak pihak. Bukan sahaja kepada petinju juga kepada penganjur dan pihak – pihak lain. Muhammad Ali menjadi tokoh penting dalam sukan tinju. Tapi ado satu perlawanan tinju, umangai…. Bapak punyo lama namun tak berkesudahan. Kejadian ini berlaku pada 6 April 1893, bermula pukul 9.00 malam perlawanan antara Andy Bowen dongan Jack Burke di New Orleans. Pado maso ni keputusan perlawanan sampai ado yang menyorah kalah. Hadiah pun mak ai punyolah hebat $2,500 .

Macam cerito Labu Labi, mereka bertinju selama 7 jam 19 minit. Budak yang angkek numbo pusingan pun dah cabut balik rumah. Terjelepoh keletihan, apotaknya 110 pusingan. Di percayai juga loceng yang digunokan malam itu sumbing dek kono kotuk. Selepas sekian lama bertarung, hakim perlawanan memutuskan malam itu ‘tiada pertandingan’ dan keputusan yang dibuat adalah sori. Hakim pertandingan pada malam itu tepaksa ambik ‘MC’ kerano kelotihan.

No comments:

Post a Comment