Apa cerita...

MAHA 2010

Tengah hari tadi berkesampatan ke pameran MAHA di Serdang. Bukan nak cerita pasal kehebatan pameran tersebut tapi pasal lain, pasal orang-orang kito.

Bab 1

Lopeh makan apo-apo yang diboli terutama cawan koteh bokeh minuman dan botol air mineral kosong main campak suko hati yo. Memang hari paneh, tokok haus, tapi perangai 'sifar' tamadun. Memang banyak tong sampah, tapi ontahlah. meluat.

Bab 2
Orang memang ramai. Berjombik sini sanun. Nak poi satu tompek ke satu tompek kono naik bas atau trektar  (lamo dah tak jumpo, sawah dah tak ado kek kampung sey). Kitopun beraturlah tongah ari gaago, paneh ya amek, satu barisan panjang dari ateh bukit ke bas stop ke sanun tu. (Pintu 1) Ado 200 meter panjang barisan tu. Dokek nak sampai, umangai............. satu mak cik dengan family mencilok barisan, terus sampai ke bas. hari paneh, hati paneh. Ontah hutan mano dio datang tak taulah. dah tu ajak sekali anak, menantu, cucu dan segalo kerabatnya. Aduyai.

Barisan panjang beratur untuk menaiki bas

Bab 3
Tapi saya suka dengan dua orang budak adik beradik ni. Setiap kambing  dan lembu dalam kandang dia ambik gambar. Berlari-lari dari satu kandang ke satu kandang dengan handphone soirang satu. Omak bapak dia tengok dari jauh saja. Bersaing-saing nak mabik shot yang yang cantik. Ado duo kemungkinan. Satu mereka memang suka dengan binatang, mengumpul koleksi gambar binatang. Duo, mungkin ini pertamo kali "live" dengan binatang. Tak pun baru dapek hp dengan kamera. Syabas untu kedua-dua budak ni. Omak bapaknya mesti bagus jugak ni.( 2 disember 2010)
Minat