The Trans Siberian Railroad |
Pada 1814, jurutera British, George Stephenson, melancarkan lokomotif wap pertama. Pada 1830, jalan kereta api pertama dibuka antara Liverpool dengan Manchester.
Sejak itu, jumlah rel terus bertambah di Britain dan kemudian tersebar ke Amerika Utara dan Eropah. Perkembangan pesat perindustrian menyemarakkan lagi sistem pengangkutan termasuk kereta api.
Dimanakah Landasan kereta api paling paling di dunia?Jawapannya ialah Trans-Siberian Railway di Rusia. Panjangnya adalah 5,777 batu atau 9,297 km. Umangai osah panjang ea. Landasan ini bermula dari Moscow sehingga ke Vladivostok. Malah jika mengikut jalan melalui Nakhodka jaraknya merangkumi 5,865 batu (9,436 kilometer). Landasan ini dibina berperingkat-peringkat. Keretapi pertama yang sampai ke Irkutsk adalah pada 27 Ogos 1898.Perjalanan kereta api ini mengambil masa selama 7 kali makan malam (7 hari 2 jam) serta melepasi 7 pertukaran waktu.
Perjalanan ini akan melalui 9 terowong, 139 jambatan termasuk yang merentasi gaung dan 3,762 buah jambatan kecil. Umangai, osah jauh tompek ini. Berapo orang yang menjadi drebar kereta api ini? Mungkin 5-6 orang.
Stesen Kereta Api Taiping |
No comments:
Post a Comment