Thursday, October 7, 2010

Kereta Pertama Malaysia

Gen-2

TARIKH 7 Mei 1983 tersemat di ingatan rakyat Malaysia apabila kerajaan menubuhkan syarikat kereta nasional pertama di negara ini, Perusahaan Otomobil Nasional (Proton). Dua tahun selepas menjalani pelbagai eksperimen - bermula daripada sekecil-kecil komponen hinggalah kepada pandu uji - maka lahirlah kereta pertama kebanggaan negara yang dinamakan sebagai Saga pada 9 Julai 1985.

Saga menjadi anak sulung Proton yang kemudiannya melahirkan beberapa model baru iaitu Iswara, Satria, Tiara, Wira, Putera, Perdana, Satria GTi, Perdana V6, Waja dan yang terbaru Persona.

Proton Gen-2 ialah sebuah kereta keluaran Proton. Ia dilancarkan pada suku ketiga tahun 2004. Model ini adalah model pertama buatan Malaysia keluaran Proton yang menggunakan enjin buatan Malaysia sepenuhnya iaitu Enjin CamPro.

No comments:

Post a Comment