Saturday, October 9, 2010

Pemetik Api Paling Mahal


Firma Perancis S.T. Dupont telah menghasilkan pemetik api (Lighter) daripada barisan aksesori yang diilhamkan daripada filem James Bond Casino Royale. Firma ini diasaskan oleh Simon Tissot Dupont pada tahun 1872.


Sebahagian daripada koleksi berharganya , Ligne 2 didatangkan dalam empat variasi. Antaranya di tambah aksesori daripada emas padu, emas putih dan berlian menjadikannya pemetik api paling mahal. Sementara Ligne 2 Champagne dihias dengan 18 karat emas putih dan juga 462 butir berlian (5.2 karat) menjadikan pemetik api ini bergemerlapan.




Harganya, umangai… termahal dalam dunia. Sekitar $79,000 atau RM276,500 hinggit sahaja. Ingat kalau dah guna untuk menbakar rokok terus masuk poket. Tak ado nak lotak ateh mejo. Mano tau kok kawan berkonan, belek punya belek, zasss masuk poket. Kok melopong. Ontahlah, mahal amek. Kalau setakat nak mencucuh rokok seludup tak payah nak mahal-mahal, yang singgit satu ado, kalau tak guna calit api (?) lagi murah. 20 sen sekotak.


Tersebut pasal rokok teringat kat sorang kawan. Orang kampong tuduh dia meyombah api. Pagi subuh golap dah masuk kandang lombu, terbongkok-bongkok dokek baro api. Tiap-tiap pagi macam tu. Sobab tu kono tuduh meyombah api, sebenarnya dia meniup baro supaya dapet pasang rokok. Maso tu dia kocik lagi baru sekolah menongah rondah. Tak ado duit nak boli lighter, rokok pun curik abah punyo. Pasal tu terpakso masuk kandang lombu sebelum pegi sekolah, carik api. Sekarang dio dah bosa , dah pakai zippo. Tak ado lagi masuk kandang dah.

No comments:

Post a Comment