Dipenjarakan atas apa juga kesalahan memang menakutkan bagi kebanyakkan orang. Apa tah lagi bagi suatu tempoh yang lama. Jabatan Koreksional Penjara memastikan si pesalah diperbetulkan supaya menjadi orang yang tidak lagi menimbulkan masalah.
Pelbagai kesalahan membawa hukuman penjara dari tempoh sehari sehingga lah bertahun-tahun. Tidak kurang juga mereka itu mati dalam penjara . Berapakah rekod paling lama dipenjarakan. Ado banyak yang beratus tahun dipenjarakan tapi yang paling lamo adolah…
Di Palma de Mallorca, Sepanyol pada 11 ac 1972 seorang pesalah bernama Gabriel March Grandos seorang posman telah didapati bersalah kerana tidak menghantar sebanyak lebih kurang 42, 000 keping surat. Sebagai posmen kesalahan ini di pandang berat. Sebagai hukumannya dia telah dipenjarakan selama tiga ratus empat puluh ribu Sembilan ratus dua belas ( 340,912) tahun. Umangai lamo boto dalam penjaro. Kesalahan nampak kocik, maleh nak hantar surat yo, tapi kesannya… umangai tiga ratus tahun dalam penjaro.
Kepada semuo orang yang berkojo harus ambil ingatan, walaupun tanggungjawab kito nampak kocik, belum tentu kocik pada orang lain terutama kepada boss kito. Walaupun tukang sapu, kalau 12 tahun tak menyapu boleh lomeh dalam timbunan sampah. Kat highway, walaupun sepatutnya tak payah ado tukang sapu (bahaya keje kat sini) boleh jadi sungai sampah kalau dibuek hari-hari .Tukang kebun kalau maleh, menghutan rimba kawasan. Tulah, kito mesti bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment