Dijangkakan semua orang ada mempunyai sekurang-kurangnya 1 akaun email, walaupun selepas didaftarkan tridak pernah dibuka kerana tidak tahu apa nak buat dengannya. Berapakah akaun email yang sepatutnya bagi seseorang. Mungkin 1 atau 2 sudah memadai, sebaliknya Sujit Ghosh mempunyai jumlah akaun email yang memungkinkan dia mencatat nama dalam buku Guinness Book of World Records. Kenapa? Kerana bilangan akaun email yang dimilikinya sungguh menakjubkan.
Jumlah akaun emailnya setakat ini untuk mencatat rekod dunia ialah 5,555 akaun. Email ini menggunakan nama yang sama cuma ditambah nombor 1 sehingga 5555. Bermula sejak 1 April 2008 sehinggalah 25 April tahun yang sama dia mula mendaftarkan akaun atas satu nama sahaja iaitu Kolkataismycity1@rediffmail.com sehinggalah kepada kolkataismycity5555@rediffmail.com menjadikan keseluruhannya 5,555 akaun.
Kebetulan, Suijit Ghost ini OKU, tidak boleh menggunakan tangan kanannya. Jadi rekod yang dia ingin catatkan itu hanya menggunakan tangan kirinya sahaja.
No comments:
Post a Comment