Karl-Marx-Hof |
Umangai…The Karl-Marx-Hof di Vienna adalah Gemeindebauten di dunia, dalam bahasa German bermaksud bangunan majlis daerah, sebuah kediaman yang disediakan oleh majlis daerah. Ini macam rumah mesra rakyatlah dibina pada kos yang rendah bagi membantu rakyat yang tidak berumah. Bagus juga idea ni..
The Karl-Marx-Hof telah dibina mulai tahun 1927 sehingga tahun 1930 dan panjangnya lebih kurang 1.1 kilometer. Rumah di sini mampu memuatkan sehingga 5,000 orang. Secara sekilas pandang, bagus penempatan komuniti di sini. Satu tempat sahaja mampu menampung ramai penduduk.
Secara rasmi Karl-Marx-Hof dikenali sebagai bangunan kediaman terpanjang di dunia atau bangunan apartmen terpanjang di dunia.
Di negara kita ado jugak rumah lebih kurang macam ini, rumah panjang. Tapi tak adolah yang sampai satu kilometer panjangnya. Mungkin ado yang panjang , malangnya belum berkesempatan melawat ke sana. Idea yang bagus ni..boleh diaplikasikan. Maklum, ramai rakyat yang masih belum berkemampuan membeli rumah yang sedia ada di pasaran. Mahal.
No comments:
Post a Comment