Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

Most Expensive Foods


 Expensive truffles are notoriously pricey because they are difficult to cultivate. This makes them a true delicacy which some have called the king of all fungi. The Associate Press reported that a real estate investor and his wife from Hong Kong have paid €125,000 ($160,406 USD) for a gigantic Italian White Alba truffle which is reportedly the world’s most expensive ever. The most expensive truffle weighs in 1.51 kilograms (3.3 lbs).

Thursday, October 28, 2010

Lado Paling Podeh



Umangai… lado ni bukan main podeh. Tak terlawan podeh cili api kito. Boleh dibeli di kedai-kedai Pakistan, pasar mini Medina, Exotic Supermarket di Hyson Green ni dan juga kedai orang-orang Jamaica. Memang podeh....podeh berhantu…

Serbuk lada daripada cili Bhut Jolokia di India adalah yang paling pedas di dunia, kata seorang penyelidik Amerika Syarikat, memetik pengesahannya dari Buku Rekod Dunia Guinness.
Tahap kepedasan Bhut Jolokia mencapai 1,001,304 unit panas Scoville, satu ukuran yang digunakan bagi menilai pedas serbuk lada.Malah, tahap kepedasan serbuk lada India itu dua kali ganda lebih tinggi berbanding lada Red Savina yang sebelum ini berada di tempat teratas sebagai paling pedas.Biasanya, tahap kepedasan serbuk lada secara puratanya hanya mencapai 10,000 unit Scoville, menurut laporan agensi berita.
Paul Bosland, seorang profesor dari Universiti New Mexico State, menceritakan saat beliau merasa serbuk lada India itu dan menyifatkannya seperti bernafas dengan api.Katanya, selepas minum air bagi mengurangkan kesan kepedasan serbuk lada itu, dia segera berpendapat bahawa ia mungkin paling pedas serta berada dalam buku rekod Buku Rekod Dunia Guinness kini memberi persetujuan apabila mengesahkan baru-baru ini bahawa lada yang ditelan Bosland adalah jenis terpedas dunia.
Umangai..kalau buek samba gesek, makan dengan nasik paneh, minam teh 0 paneh… meleleh poluh. Mau berpinar bijik mato.

Thursday, September 30, 2010

Kopi Paling Mahal

Kopi Luwak
Kopi paling mahal harganya di dunia bukanlah dari Jamaica atau hawai atau brazil, sebaliknya dari negara jiran kita Indonesia. Umangai, indonesia? Sesiapo yang minum kopi ini memang dasyat oi. Kopi ini memang istimewa, makan, hadam, buang dan buek kopi. Macamano? Apabila musang makan kopi ini, bijik kopi tak hancur dalam porut dio, lopeh dia 'buang' merato-rato, adolah mamat yang datang carik dan kutip bijik kopi ini.
Kemudian bijik ini diproses menjadi kopi. Umangai susahlah pulak nak mencari xxxx musang, satu kojo pulak meranduk hutan. bagus ni, ado peluang untuk jadi jutawan. Kito bolo musang, bagi makan bijik kopi ini, dan tunggu sampai masanya dia buang. Umangai.

Harga kopi ini sekitar US600 sepaun atau lobih kurang US50 secawan. Umangai  175 hinggit secawan. Kok ado joki kito poi indon dan cari sendiri xxxx musang dan buek sendiri. Apo tak mahal bondo ni, payah nak mencarik xxxx musang. Luwak ni memang lawak boto.

Perhatian : Bagi umat muslim sila dapatkan nasihat pakar agama sebelum mencubo. Ontah halal ontah haram makan xxxx musang.

Friday, September 17, 2010

Burger Paling Mahal


#1 Burger King’s The Burger – kira-kira $186. Harga burger ini sekitar £95 (+- $186 US)(MYR651).
“The Burger,” hanya terdapat di restoren cawangan West London. Umang-Ai, memang berhantu mahal burger ni. Kalau ado sesiapa berhajat boleh tempah melalui telefon sahaja.