Tuesday, October 19, 2010

Tajuk Buku Paling Panjang

Tajuk buku menjelo panjang
Membaca buku memang menjadi hobi kepada sesetengah orang. Semasa belajar dulu, perpustakaan memang menjadi tumpuan. Menggunakan catalog dan slide mencari judul buku sesuatu yang menakjubkan. Dulu masa tahun 80'an, jarang jumpa perpustakaan menggunakan kaedah online. Tapi buku yang satu ini memang saya berhajat nak carik sobab tajuknya yang bukan main panjang.


The Guinness Book of World Records mempunyai catatan tajuk buku yang paling panjang. Mengandungi 1,433 huruf, buku tulisan Davide Ciliberti pada julai 2007 menjadinya buku yang paling panjang tajuk. 


Tajuk selengkapnya ialah:


Per favore dite a mia madre che faccio il pubblicitario lei pensa che sono un pierre e che quindi regalo manciate di free entry e consumazioni gratis a chi mi pare, rido coi vips, i calciatori le veline e le giornaliste, leggo Novella e mi fotografano i paparazzi, entro neI privĂ© saltando la coda, bevo senza pagare, sono ghiotto di tartine e gin tonic, ho la casa piena di oggetti di design, conosco Paris Hilton, Tom Ford ed Emilio. 


Umangai… ontah apo sebona yang ditulis, kurang pasti. Membaca tajuk buku ini sahaja boleh membuatkan mata mengantuk. Kalau budak tadika diminta menghafal, mungkin ambik masa jugak ni. Kalau orang dewaso.. ontahlah.

No comments:

Post a Comment