Wednesday, October 13, 2010

Pemerintah Paling Lama


Umangai…Raja Thailand,Bhumibol Adulyadej merupakan pemerintah atau ketua negara sebuah negara monarki yang paling lama memerintah di dunia iaitu selama 64 tahun.Baginda menaiki takhta negara Thailand pada 9.6.1946 setelah kemangkatan kekandanya,Raja Ananda Adulyadej. Namun begitu baginda masih belum ditabalkan dan menjalankan tugasnya sebagai Raja Thailand kerana masih menuntut di Switzerland.Tugas baginda telah dipangku oleh ayahanda saudaranya iaitu Putera Rangsit.

Pada 9.6.2006, satu peristiwa bersejarah telah dilakar di Thailand apabila rajanya telah genap 60 tahun berada diatas takhta kerajaan Thailand. Bagi meraikan detik bersejarah itu pelbagai acara keagamaan dan hiburan telah diadakan.Pada 13.6.2006 satu upacara makan malam negara telah diadakan di Grand Palace,Bangkok. Ramai peminpin dunia turut sama hadir bagi memeriahkan lagi sambutan berkenaan. Antara kenamaan yang hadir ialah Emir Qatar,Syeikh Hamad dan Syeikha Mozah, Maharaja Jepun,Maharaja Akihito dan Maharani Michiko, Sultan Brunei,Sultan Hasssanal Bolkiah dan Pengiran Isteri Anak Hajah Saleha, Raja Kemboja,King Norodom Sihamoni, Raja Jordan, King Abdullah,Yang Dipertuan Agong Malaysia,Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Fauziah, Raja Monaco,Prince AlbertRaja Swaziland,King Mswati III dan Permaisuri.


No comments:

Post a Comment