Thursday, October 28, 2010

Lado Paling Podeh



Umangai… lado ni bukan main podeh. Tak terlawan podeh cili api kito. Boleh dibeli di kedai-kedai Pakistan, pasar mini Medina, Exotic Supermarket di Hyson Green ni dan juga kedai orang-orang Jamaica. Memang podeh....podeh berhantu…

Serbuk lada daripada cili Bhut Jolokia di India adalah yang paling pedas di dunia, kata seorang penyelidik Amerika Syarikat, memetik pengesahannya dari Buku Rekod Dunia Guinness.
Tahap kepedasan Bhut Jolokia mencapai 1,001,304 unit panas Scoville, satu ukuran yang digunakan bagi menilai pedas serbuk lada.Malah, tahap kepedasan serbuk lada India itu dua kali ganda lebih tinggi berbanding lada Red Savina yang sebelum ini berada di tempat teratas sebagai paling pedas.Biasanya, tahap kepedasan serbuk lada secara puratanya hanya mencapai 10,000 unit Scoville, menurut laporan agensi berita.
Paul Bosland, seorang profesor dari Universiti New Mexico State, menceritakan saat beliau merasa serbuk lada India itu dan menyifatkannya seperti bernafas dengan api.Katanya, selepas minum air bagi mengurangkan kesan kepedasan serbuk lada itu, dia segera berpendapat bahawa ia mungkin paling pedas serta berada dalam buku rekod Buku Rekod Dunia Guinness kini memberi persetujuan apabila mengesahkan baru-baru ini bahawa lada yang ditelan Bosland adalah jenis terpedas dunia.
Umangai..kalau buek samba gesek, makan dengan nasik paneh, minam teh 0 paneh… meleleh poluh. Mau berpinar bijik mato.

No comments:

Post a Comment